Tuesday, April 8, 2008

Pembinaan infrastrukturDipos oleh roy dka pada 02 December 2006 09:33
BAB 8 : PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 8.1 PENDAHULUAN i) Pengurusan projek bangunan bukan sahaja tertumpu kepada struktur dan substruktur bangunan, malah ia merangkumi bidang yang lebih luas termasuk kerja perkhidmatan dan infrastruktur. ii) Infrastruktur adalah komponen yang penting dalam projek bangunan. Jika mutunya tidak diberi penekanan yang sewajarnya, kemungkinan kecacatannya akan menjadi sangat nyata dan memberi gambaran yang negatif terhadap hasil projek dan juga kewibawaan pegawai perancang dan juga kakitangan pengawasan. iii) Infrastruktur projek bangunan merangkumi kerja-kerja saliran tanah, sistem perparitan, penanaman rumput, jalan, saliran kekotoran dan retikulasi air. 8.2 KERJA TANAH Kerja tanah perlulah dirancang, dilaksanakan dan diawasi dengan sempurna kerana kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kos yang tinggi apabila kejadian yang tidak diingini berlaku seperti tanah runtuh dan hakisan. Kerja pembaikan memerlukan kepakaran yang akan menelan belanja yang besar yang mungkin dapat dijimatkan sekiranya perhatian yang rapi diberikan semasa merancang dan melaksanakan kerja-kerja tanah. 8.3 PEMBERSIHAN TAPAK a) Kawasan yang hendak dibersihkan perlulah ditanda, supaya kerja pembersihan ini tidak memasuki kawasan sempadan. b) Kadangkala terdapat pokok-pokok, kawasan berumput dan lain-lain yang perlu disimpan atau dijaga dalam keadaan sedia ada. Pokok-pokok ini hendaklah ditandakan dan kawasan-kawasan berumput pula diadakan papan tanda penghadang supaya tidak diganggu oleh aktiviti-aktiviti pembinaan. c) Jika projek berada dalam wilayah yang telah dibangunkan, arah jajaran paip air, sesalur bawah tanah dan lain-lain perkhidmatan perlu ditentukan supaya perhatian khas diberikan apabila kerja-kerja memotong atau menggali dibuat berhampiran dengan jajaran tersebut. d) Adalah sangat mustahak akar-akar pokok perlu dibongkar keluar, lebih-lebih lagi di tapak bangunan. Jika akar pokok ditinggalkan dalam tanah, lama kelamaan ia akan reput dan mengakibatkan pemendapan tanah. e) Lapisan tanah asal sedalam 150mm boleh digunakan semula untuk kerja penanaman rumput. Kawasan untuk menyimpan tanah atas ini hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti pembinaan yang lain tidak terganggu. Bahan-bahan yang tidak diperlukan yang terdapat dalam lapisan tanah atas perlu dibuang sebelum tanah atas itu disimpan. 8.4 SISTEM PERPARITAN
a) Parit Tanah :- Ini merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain. b) Longkang Konkrit Tuang Dulu:- Longkang jenis ini digunakan dengan meluasnya. Kos pembinaannya adalah sederhana dan ianya hanya memerlukan penyelenggaraan yang minima, jika direkabentuk dengan sempurna. c) Longkang Konkrit Tuang Disitu:- Jenis ini biasanya digunakan di mana pemendapan yang tidak setara dijangka akan berlaku seperti longkang di atas cerun tambun. d) Longkang Batu Rubble:- Longkang ini dibina dari blok - blok batu dan juga berfungsi sebagai dinding penahan. e) Longkang Bertingkat:- Longkang ini dibina di mana cerun tanah adalah agak curam. Pehatian khas hendaklah diberikan kepada sambungan dan tapak longkang ini. Kuasa hakisan air adalah sangat kuat dan tidak harus di pandang mudah. f) Pembentung Kekotak dan Pembentung Paip:- Pembentung-pembentung ini dibina jika sekiranya sistem perparitan terpaksa merentasi jalan. Kelas pembentung yang sesuai haruslah digunakan berdasarkan beban dan keadaan setempat. Pembentung ini dikelaskan seperti berikut :- STD (S) - Standard L (X) - Low M (Y) - Medium H (Z) - High g) Pemilihan kelas pembentung biasanya dibuat oleh Jurutera berdasarkan faktor-faktor berikut :- - Tinggi tambunan - Jenis alas - Bebas kenderaan - Jenis tanah - Garis pusat dan lain-lain.
8.5 KERJA PENGGALIAN a) Perparitan perlulah digali mengikut saiz, aras dan cerun. b) Perparitan hendaklah dielakkan dari terlebih gali, kerana ini akan mengakibatkan pemendapan tidak setara apabila bahan kambus yang tidak sesuai digunakan. c) Mengikut amalan biasa, peparit digali 150mm kurang dari yang dikehendaki. Bakinya akan digali sebelum kedap dibina. 8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT a) Mutu longkang yang hendak dipasang mestilah mengikut jenis, saiz dan dimensi yang telah ditentukan. b) Pengalas konkrit atau lapis kedap perlulah dibina dengan sempurna mengikut cerun yang telah ditetapkan. c) Cerun pengalas konkrit ini perlu disemak untuk memastikan aliran ‘songsang' dan ‘ponding' tidak terjadi. d) Sambungan-sambungan perlulah dibuat lurus dan selari supaya pengaliran air tidak terganggu atau tersekat. e) Ruang-ruang di celah longkang perlulah dimampat dengan sempurna supaya hakisan dan pemendapan tanah dapat dikurangkan. 8.6 TAKUNGAN a) Takungan-takungan diperlukan di mana arah aliran air cerun saliran bertukar. b) Jenis dan saiz takungan bergantng kepada rekabentuk dan juga kegunaannya. c) Aras invert untuk takungan biasanya 150mm lebih rendah dari invert longkang keluar. Ini adalah supaya takungan dapat berfungsi untuk menghalang kelajuan air dan seterusnya mengelakkan hakisan. 8.7 KERJA MENANAM RUMPUT DAN PADANG a) Padang
i) Semasa kerja tanah, permukaan haruslah dibentuk supaya ia mempunyai kamber atau cerun yang menghala ke saliran yang berhampiran. Cerun untuk padang adalah dalam lingkungan 1:60 - 1:200. ii) Untuk memastikan cerun ini diperolehi, aras titik hendaklah diambil ataupun papan kamber digunakan untuk mengukur kamber. iii) Jika keadaan padang adalah luas dan rata, penggunaan saliran bawah tanah mungkin digunakan. iv) Tanah hitam atau lapisan atas disimpan semasa kerja tanah boleh digunakan untuk lapisan atas padang.
b) Kepingan Rumput
i) Saiz kepingan rumput dalam spesifikasi JKR ialah 200mm persegi dan tebalnya ialah 50mm. ii) Jenis rumput dan spesifikasinya perlulah ditentukan terutama sekali jika teknik ‘hydro seeding' digunakan. Rumput-rumput hendaklah bebas dari lalang. iii) Kepingan rumput perlulah disimpan dalam keadaan lembap supaya kesegarannya terjaga.
c) Penanaman Rumput
Penanaman rumput di cerun atau tebing perlulah dilaksanakan sebaik sahaja cerun atau tebing itu disiapkan. Ini adalah untuk mengurangkan risiko hakisan tanah. vi) Rumput ditanam secara ‘tanam-rapat', ruang di antara rumput tidak seharusnya kelihatan sementara jarak antara kepingan rumput ‘tanam-tompok' ialah 450mm pusat ke pusat.
8.8 KERJA SALIRAN KEKOTORAN a) Penggaliran saliran kotoran
i) Peparit yang digali haruslah selanjar antara salur lurang keluar dengan salur lurang masuk dan aras invertnya pula perlulah dikawal supaya kejadian pengaliran sonsang tidak berlaku. ii) Peparit perlu dibina dengan stabil dan jika terdapat tanah lembik atau tanah lembut, tanah ini perlu diganti dengan tanah bermutu atau pasir yang terpilih.
b) Jenis Paip Terdapat beberapa jenis paip saliran kekotoran yang biasa digunakan iaitu :
i) Paip tembikar bergilap yang memenuhi piawaian BS65 atau BS539. ii) Paip besi tuangan yang digunakan apabila saliran kekotoran terdedah atau melintas jalan. iii) Paip klorida polivinal tak plastik (UPVC). iv) Paip V.C.p (extra strength).
c) Pemasangan Paip
i) Peparit yang telah digali perlulah diperiksa sebelum memasang paip saliran kekotoranii) Paip tidak sepatutnya digolek atau dicampak ke dalam peparit. iii) Bahagian luar dan dalam sambungan paip perlulah dibersihkan sebelum kerja penyambungan dilakukan. iv) Bahagian hujung paip yang tidak dikerjakan perlulah ditutup untuk mengelakkan dari dimasuki tanah. v) Paip yang bersoket seharusnya diatur dengan soketnya menyongsang hala pengaliran untuk memudahkan kerja pemasangan paip. vi) Jarak antara lurang ke lurang hendaklah dihadkan kepada 45 meter sahaja untuk memudahkan kerja penyelenggaraan.
d) Lurang-lurang untuk saliran kekotoran.
i) Lurang-lurang ini diperlukan untuk kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan. Dalamnya lurang-lurang ini bergantung kepada aras invert dan juga cerun saliran. ii) Di mana lurang dibina di atas tanah lembut, asas cerucuk bakau biasanya diadakan. iii) Segala sudut di bahagian dalam hendaklah dibuat dalam bentuk membulat. iv) Bahagian dalam lurang dan bahagian luar yang terdedah mestilah dilepa dengan simen mortar. v) Penutup lurang yang dibuat dari besi tuangan tegas sederhana hendaklah disediakan. vi) Untuk lurang yang melebihi 1 meter dalam, anak-anak tangga besi tempa perlulah diadakan. vii) Ujian ke atas paip saliran kekotoran perlulah dijalankan dari lurang ke lurang sebelum peparit dikambus. Ujian yang dijalankan ialah ujian air di mana kelajuan air diukur dalam tempoh 30 minit. viii) Jika sekiranya ujian air lulus, peparit bolehlah dikambus dengan menggunakan tanah yang bebas dari batu besar. ix) Kambusan perlulah dibuat secara lapisan dan setiap lapisan tidak melebihi 300mm tebal dan dimampatkan.
e) Sistem Kumbahan.
i) Terdapat berbagai-bagai jenis sistem kumbahan yang digunakan di dalam bidang pembinaan. Pemilihan sesuatu sistem itu bergantung kepada faktor-faktor keluasan tanah, jenis penggunaan, bilangan pengguna dan lain-lain lagi. ii) Antara sistem kumbahan yang biasa digunakan ialah :
a. Tangki najis (septic tank). b. Tangki najis dengan peparit penapis. c. Tangki najis dengan penghampar penapis. d. Tangki imhof. e. Tangki pengoksidaan sistem pembentungan pusat. f. Sistem RBC,Biofilter dan lain-lain.
iii) Sistem kumbahan ini memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Keberkesanan sesuatu sistem kumbahan itu boleh dinilai dari mutu air buangan dengan kiraan B.O.D ( Biological Oxygen Demand ).
8.9 PENYIASATAN TAPAK Di dalam melaksanakan sesuatu projek binaan sama ada bangunan ataupun jalan, pihak Jurutera perlu mengetahui keadaan tanah yang sebenar sebelum meneruskan kerja rekabentuk asasnya, dengan melakukan analisa kestabilan benteng jalan atau pun apa-apa kerja yang berkaitan dengan tanah tersebut. Maka, maklumat-maklumat tertentu mengenai tanah boleh diperolehi melalui kerja ‘Penyiasatan Tapak'. 8.9.1 Pentingnya Penyiasatan Tapak
a) Sebagai satu langkah berjaga-jaga di dalam sesuatu projek yang akan dilaksanakan. b) Untuk mendapatkan sifat-sifat fizikal dan juga lain-lain meklumat yang bersangkutan. c) Membolehkan perekabentuk memilih jenis-jenis asas serta melakukan rekabentuk asas yang baik, selamat dan berekonomi. d) Dapat memberi gambaran tentang kemungkinan masalah-masalah yang akan dialami ketika pembinaan. e) Mengetahui dan mengambilkira tentang sesuatu keanehan atau pun perbezaan-perbezaan yang mungkin timbul di suatu tapak. f) Untuk mengenalpasti perubahan-perubahan yang mungkin berlaku disebabkan oleh perubahan keadaan asal dan juga mengkaji kemungkinan apa yang akan berlaku disebabkan perubahan itu.
8.9.2 Objektif Penyiasatan Tapak Diantaranya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ‘British Standard Code of Practice (CP 2001)' adalah seperti berikut :
a) Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan keadaan tanah diperbagai lokasi dan kedalaman. b) Mengira atau mendapatkan lokasi, susunan ketebalan dan kekuatan setiap strata tanah termsuklah tentang jenis-jenis tanah itu sendiri, ketegasan strukturnya dan kelapisannya. c) Mendapatkan jenis serta dalamnya batu asas di sesuatu tempat seterusnya dari segi lokasi, susunan, ketebalan keluasan dan kekerasannya serta keterangan mengenai batu itu sendiri di setiap lapisan. d) Mendapatkan paras air serta tekanan-tekanan air tertentu disesuatu kawasan. e) Mendapatkan sifat-sifat tanah dengan satu cara ataupun gabungan cara-cara yang terdapat dari pengujian.
8.9.3 Cara Penyiasatan Tanah Peringkat Awal a) ‘Proba JKR' JKR telah memperkenalkan alat ini dan ia merupakan alat yang sering digunakan untuk kajian awal dan sebagai tambahan kepada kajian terperinci yang akan dijalankan kemudian. ‘Proba JKR' telah diasaskan mengikut prinsip ‘Hvorslev(1949)' berdasarkan syor ‘European Group Subcommittee'. b) Peralatan ‘Proba JKR' Ianya mempunyai ‘cased hardened steel pointer', bergaris pusat 25mm dan mempunyai kun bersaiz 60 darjah. ‘Pointer' tersebut berskru di bahagian bawah di hujung batang besi. Batang-batang besi yang digunakan ialah bergaris pusat 12mm dari jenis HY 55C dan mempunyai kepanjangan 1.2m panjang. Batang-batang besi ini boleh disambungkan diantara satu sama lain. c) Cara Kerja Menggunakan ‘Proba JKR' i. Dengan menjatuhkan tukul seberat 5kg dengan kadar ketinggian 280mm, kun tersebut akan tertekan masuk ke dalam tanah. ii. Jumlah bentakan untuk kemasukan kun sedalam 300mm (1kaki) akan dicatatkan dan ianya digunakan sebagai petanda kekentalan tanah pada tanah jelikat dan system penyusunan tanah ‘Granular'. Jika keadaan tanah baik ‘Proba JKR' boleh digunakan sehingga kedalaman 15m. 8.10 SILING Siling dibina untuk melindungi kayu- kayu jeriau, jermang bumbung dan sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain itu, ia juga dapat menahan sedikit sebanyak haba yang dapat menembusi bumbung. Siling yang dimaksudkan ini ialah untuk bangunan- bangunan yang berbumbung curam. Kerja Pemasangan Siling Terus Menerus
a) Satu pengikat dipasangkan terus kepada alang atau kasau bumbung. b) Kemudian siling bumbung diasang secara terus menerus pada kasau atau jeriau bumbung. Siling yang digunakan ialah papan simen berukuran 970mm x 600mm x 6 tebal. c) Papan simen dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau. d) Jalur atau ruang yang terbentuk diantara papan- papan simen dikemaskan dengan jalur penutup siling yang bersaiz 3.8mm x 13kk.
8.11 BUMBUNG 8.11.1 Pengenalan Bumbung merupakan bahagian bangunan yang paling atas sekali pada sesuatu bangunan. Ia melindungi penghuni dan bahgian- bahagian bangunan daripada dedahan hujan, terik matahari, angin dan sebagainya. 8.11.2 Jenis Bumbung Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahgikan kepada dua kumpulan iaitu :-
1. bumbung rata : mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4 meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung. 2. bumbung curam : mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk. Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-
i. Bumbung Tebang Layar ii. Bumbung Limas iii. Bumbung Gambriel iv. Bumbung Layang v. Bumbung Mansard
8.11.3 Pemilihan Bumbung Pemilihan bumbung adlah bergantug kepada factor- factor berikut :
i. Jenis bangunan ii. Ketahanlasakan iii. Rintangan kepada haba iv. Perlindungan cahaya v. Kecantikan vi. Ekonomi vii. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan
8.11.4 Kerangka Bumbung Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa bahagian kayu berlainan seperti kasau betina, kasau limas, kasau lurah dan sebagainya. Struktur kerangka bumbung boleh dibahagikan kepada kategori berikut :-
i. Bumbung Selapis ii. Bumbung Rata iii. Bumbung Pisang Sesikat iv. Bumbung Gadung v. Bumbung Beralang vi. Bumbung Kekuda
8.11.5 Kekuda Bumbung Kekuda kayu berbentuk segitiga gabungan anggota bumbung seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda merentang antara dinding luar dan berjarak kira- kira 1.8m antara satu sama lain. Saiz kayu yang digunakan berubah- ubah berdasrkan panjang rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz kayu bagi anggota kekuda adalah lebih besar. Kekuda dapat direka dalam pelbagai bentuk. Salah satu bentuk kekuda yang digunakan dalam pembinaan adalah seperti berikut :- 8.11.6 Penutup Bumbung Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan adlah jenis bumbung dan kecerunan bumbung, bahan- bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.
i. Genting Konkrit Saling Mengikat Genting konkrit saling mengikat hendaklah dari jenis dan warna yang diluluskan dan bebas dari segala kecacatan. Genting ini dipasang keatas kayu beroti sederhana keras berukuran 50mm x 30mm untuk bumbung dan dipasang pada jarak 300mm untuk genting biasa dan pada jarak 275mm untuk genting cerun landai. Penyumbat genting terdiri daripada mortar simen (1 : 3 ) digunakan. Genting untuk sisi atap, perabung limas dan lurah hendaklah disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan penutup bumbung ii. Genting Tanah Liat Genting tanah liat hendaklah berbentuk ‘Marsseiles' berukuran 400mm hingga 425mm panjang dan 225mm hingga 263 lebar dan bebas dari sebarang keretakan, serpihan dan meleding. Genting tanah liat ini hendaklah dipasang dengan kukuh keatas kayu beroti berukuran 50mm x 25mm pada jarak lebih kurang 275mm dengan lurah hendaklah diadakan bersepadan dengan keseluruhan bumbung dan dipasang dengan menggunakan simen mortar (1 : 3 ) yang menyerupai warna bumbung.
8.12 BAHAN- BAHAN PENEBAT Biasanya bahan- bahan penebat digunakan bersama- sama penutup bumbung. Dengan penggunaan bahan- bahan penebat ini dapat menghalang haba panas dari luar menembusi bumbung dan juga menghalang hawa dingin yang terdapat didalam bangunan keluar. Lapisan penebat yang biasanya digunakan pada penutup bumbung ialah jejaring dawai ayam ( galvanized hexagon wire netting ), kertas keranjang aluminium ( aluminium foil ) dan gentian kaca. 8.12.1 Galvanised Hexagon Wire Netting Jejaring dawai ini akan digunakan untuk melapik kertas kerajang aluminium supaya ia kelihatan kemas, rata dan licin dari bahagian dalam bangunan. 8.12.2 Aluminium Foil Kertas kerajang aluminium ialah sejenis kertas yang diselaput dengan aluminium pada kedua- dua permukaan untuk digunakan sebagai bahan penebat haba dan cahaya. 8.12.3 Kaca Gentian Kaca gentian digunakan sebagai penebat haba untuk mengekalkan suhu dalam bangunan dan juga untuk mengurangkan bunyi titik hujan semasa hari hujan. 8.13 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING MENGIRAT 1. Sebelum pemasangan genting, lapisan kalis lembab dihamparkan merentangi kasau bumbung. Kemudian be;oti diletakkan diatasnya dan dipaku. Selepas itu, kerja pemasangan genting dimulakan. 2. Genting biasanya dipasang berlapis kembar untuk mengelakkan aliran hujan dari masuk kedalam bumbung. 3. Genting digantungkan supaya sisi- sisinya ditumpu bersama dan sambungan ini terikat hingga keatas curam bumbung. 4. Pada setiap lapisan keempat, genting dipaku pada beloti. 5. Semasa meletakkan genting, bahagian genting atas hendaklah sekurang- kurangnya setengah daripada panjang genting bawah. 8.14 TINGKAP 8.14.1 Pengenalan Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding untuk membolehkan cahaya matahari masuk menerusinya. Tingkap ini dikemaskan dengan bahan lutsinar atau lut cahaya yang dipasangkan kepadanya. Disamping membenarkan cahaya menembusinya, bahan- bahan itu bertindak sebagai penghalang angin dan hujan. Dengan adanya tingkap, udara silih berganti didalam bengunan dan pandangan ke luar. Pintu ialah satu bukaan di dinding atau penyekat bagi membolehkan lalu lalang. Daun pintu pula ialah satu perintang pejal pada sesuatu bukaan. Daun pintu ini menghalang kemasukan, perintang panasan dan juga merintangi cuaca. 8.14.2 Jenis- Jenis Tingkap
i. Tingkap berengsel ii. Tingkap gelangsar iii. Tingkap majmuk iv. Tingkap gantungan sisi ( berbingkai )
8.15 PINTU 8.15.1 JENIS- JENIS PINTU i. Pintu rata ii. Pintu berpanel iii. Pintu kayu beloti 8.16 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU a) Kerja pemasangan rangka pintu dan tingkap perlu dilakukan dengan teliti. b) Ia perlu dipasang sebelum kerja pemasangan batu- bata dilakukan c) Rangka tingkap dan pintu haruslah berada dalam keadaan baik. Jenis kayu mestilah mematuhi piawaian JKR. d) Semasa kerja pemasangan dilakukan, ia haruslah dipastikan supaya berada dalam keadaan yang pugak. e) kepugakkanya boleh ditentukan dengan menggunakan pelambab. f) Setelah itu, rangka tingkap dan pintu itu ditupang pada bahagian tengah, atas dan bawah. g) Diatas kepala jenang rangka pintu dan tingkap diletakkan ambang konkrit yang mempunyai ketebalan bata semasa kerja mengikat batu- bata dijalankan. 8.17 KERJA BATA 8.17.1 Pengenalan Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu antaranya :
1. Simen - simen hendaklah daripada jenis simen Portland biasa. 2. Pasir - pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selaput atau kotoran lain. 3. Motar - motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut piawai yang ditetapkan. Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.
8.17.2 Prinsip Utama Ikatan Bata Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :
1. Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik di permukaan mahupun di dalamtembok. 2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan, kekuatan dan kestabilannyaadalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata.
8.17.3 Jenis Ikatan Bata Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish. 8.17.4 Ikatan Bata Sisi Ikatan jenis ini digunakan pada tembok yang tebalnya ½ bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata kepada kepalanya. Lekapan ialah ½ bata. Pembinaan bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembik sekatan, tembok tandas, bilik dan sebagainya. 8.17.5 Kerja-Kerja Pembinaan Ikatan Bata 1. Benang dan pelambab digunakan untuk menandakan kawasan ikatan bata. 2. Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik benang tadi ke atas mengikut ukuran yang ditetapkan dengan disertakan paku sebagai pengukuhan. 3. Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen secara memanjang mengikut tempat ikatan bata nanti dibina. 4. Lapisan kalis lembab dipotong dan diletakkan di atas bitumen tadi. 5. Dengan menggunakan sudip tangan, bancuhan mortar akan diturap di atas lapisan kalis lembap. 6. Bata disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi. Sambungan antara bata dengan bata ditempelkan sedikit mortar sebagai pengikat bata itu. 7. Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan tembok yang benar-benar lurus secara melintang atau menegak. 8. Jaring keluli ‘Exment' dipasang setiap 4 lapisan bata yang berfungsi sebagai menguat dan mengukuhkan ikatan bata itu sendiri. 8.17.6 Kerja-Kerja Melepa Dinding Bata Kerja melepa (plastering ) akan dilakukan apabila kerja-kerja ikatan bata siap dikerjakan. Berikut adalah langkah-langkah permulaan plastering :
1. Simen yang digunakan adalah jenis Portland biasa yang mematuhi piawai British BS 12. 2. Bahan pemudah adun dicampurkan bersama-sama bancuhan mortar.










1.0 STRUKTUR
Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan.2.0 REKABENTUK
Sebelum sesuatu bangunan itu dibina satu kajian menyeluruh akan dibuat oleh perekabentuk untuk memastikan struktur bangunan itu mampu menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya. Kajian ini adalah penting dalam proses membina sebuah bangunan kerana ia akan menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur itu. Beban yang dikenakan sentiasa berbeza dari satu bangunan dengan satu bangunan yang lain kerana kegunaan berbeza dan ini memerlukan kajian struktur yang menyeluruh untuk setiap bangunan yang hendak dibina. Proses rekabentuk struktur ini boleh dibahagikan kepadadua (2) peringkat iaitu:(i) Analisis Struktur(i i) Rekabentuk Struktur2.1.2 Analisis Struktur Analisis struktur dibuat untuk mengetahui daya yang bertindak ke atas bahagian struktur. Daya yang sering digunakan ialah daya momen dan daya ricih. Proses ini melibatkan perkiraan dan formula-formula yang rumit dan ia memerlukan tenaga jurutera yang berpengalaman serta peralatan komputer untuk mempercepatkan proses ini. Penggunaan pakej-pakej penyelesaian secara berkomputer ini walaubagaimanapun perlulah diguna dengan memahami konsep asas dan teori analisa struktur bagi mengelakkan hasil perkiraan yang tepat dari segi proses tetapi salah dari segi input dan parameter rekabentuk.2.1.3 Rekabentuk Struktur
Rekabentuk struktur ialah proses kedua setelah daya-daya diperolehi dari analisis struktur. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz elemen struktur serta pengiraan tetulang yang diperlukan (bagi kes struktur konkrit tetulang) . Rekabentuk dilakukan berpandukan kod(kanun) amalan yang diperakukan. Di negara ini kita masih menggunakan secara meluas kod-kod amalan negara maju terutama kod Piawaiwan British. Namun begitu kod-kod US, Jepun, German dan Australia juga digenakan oleh mereka yang lebih mahir dengan kod-kod tersebut. Perkembangan kejuruteraan dari masa,ke semasa menyebabkan piawaian yang dipakai dikemaskini oleh pihak yang mengeluarkan dan ini mengakibatkan perubahan kepada kaedah dan tuntutan rekabentuk kini tidak dapat dielakan. Khidmat Jurutera yang mahir serta penggunaan komputer adalah keperluan asas dalam membuat rekabentuk struktur dekad ini. Analisa, rekabentuk dan lukisan-lukisan pembinaan ringkas seperti sebuah rumah banglo atau dewan boleh dihasilkan dalam masa hanya sehari pada waktu ini dibandingkan sekitar seminggu sebelum ujudnya komputer.3.0 KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR
3.1 RASUK
Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat.3.1.2 Jenis-Jenis rasuka) Rasuk Utama (Main Beam)Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang.b) Rasuk Kedua (Secondary Beam)Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut.c) Rasuk pengikat (Tie Beam)Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan.d) Rasuk tepi (Edge Beam)Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di antara tiang-tiang di sebelah luar.3.1.3 Rasuk direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:- a) Rasuk tupang mudahb) Rasuk Selanjar..c) Rasuk julur.d) Rasuk Kerangka4.0 PAPAK (LANTAI)Elemen kepingan mendatar yang menanggung beban-beban lantai dan bumbung terdiri dari jenis tupang mudah, selanjar dan julur.
a) Papak rentangan sehalaBertetulang untuk menanggung beban merentasi rentang yang pendek.
b) Papak dua halaBertetulang untuk menanggung beban secara dua hala kepada penyokong keempat-empat sisinya.
c) Papak PipihPapak lantainya ditanggung terus oleh tiang-tiang tanpa rasuk.
5.0 DINDING KONKRIT
Elemen kepingan tegak yang mungkin menanggung beban tegak atau mendatar. Dinding boleh jadi dirembat atau tidak dirembat dan pendek atau lansing.a) Dinding konkrit tetulangTetulangnya direkabentuk untuk menanggung beban.b) Dinding konkrit biasaTetularignya tidak diambil kira dalam hitungan kekuatannya. Tetulang diletakan bagi mencegah keretakan sahaja.c) Dinding ricihMenanggung beban satahan(plane) mendatar dan tegak (in plane loads) yang disebabkan oleh angin dan digunakan untuk merembat bangunan.Â
6.0 TANGGA
Tangga merupakan papak condong rentang sehala berfungsi sebagai penghubung antara-satu tingkat ke satu tingkat yang lain.6.1 Jenis-jenis tanggaa) Rentangan Lintang Tangga ini amnya disusun untuk merentang antara dinding-dinding atau rasuk-rasuk tepi. Tetulang utama yang diperlukan biasanya mengandungi satu bar bagi satu anak tangga. Keluli agihan diletakan sepanjang larian tangga.b) Rentangan memanjangTangga merentang antara penyokong-penyokong di atas dan di bawah larian. Penyokong ini samada rasuk, dinding atau papak pelantarnya.7.0 TIANG
Komponen tegak yang menanggung beban paksi vang diagihkan oleh rasuk.
7.1 Jenis-jenis tiang
a) Di rembatTerjadi pada bangunan~bangunan yang beban mendatarnya ditanggung oleh dinding ricih atau lainlain bentuk rembatan.
b) Tak di rembatTerjadi pada bangunan-bangunan kerangka tegar di mana beban mendatar ditanggung secara lenturan oleh rasuk dan tiang.
c) PendekTiang ini gagal secara pecahan konkritnya.
d) LangsingMomen yang disebabkan olih pesongan akibat daripada ledingan hendaklah diambil kira.8.0 ASAS
Komponen ini memindahkan dan menyebarkan beban keseluruhan struktur kepada tanah.8.1 Jenis-Jenis Asas
a) Penapak terasing (Pad footing) Penapak terasing di bawah tiap-tiap tiang.b) Penapak Jalur (Strip footing)Penapak selanjar di bawah dinding atau sebaris tiang.c) Penapak bergabungMenanggung dua tiang ataulebih.d) Asas rakit dan lantai bawah tanahAsas bergabung yang menanggung keseluruhan bangunan.e) Asas CerucukDitanggung oleh cerucuk geseran atau galas hujung. Cerucuknya boleh jadi dari pratuang (precast) atau tuang di situ (cast in-situ).
9.0 TETULANG
Dalam kes struktur yang dibina dari konkrit bertetulang, bar-bar keluli diletakan di dalam konkrit tetulang untuk menahan daya tegangan dan juga untuk membantu menanggung daya mampatan dalam struktur. Bar tetulang juga merahan ricih dan mengelakan keretakan berlaku.9.1 jenis-jenis bar
a) R Bar bulat keluli sederhana (Mild Steel)b)Y Bar berbunga alah tinggi berkekuatan ikatan tinggi (High Tensile).

8 comments:

djah said...

salam...
nak tahu maksud genting tanah liat yang berbentuk marsseiles?
bntk yang mcm mane tu?

NOR AZRINNA said...

salam...
nk tw ttg 'tupang'?
ape die dan ad bpe jenis?..

Civil TechNiCaL DraFter said...

Salam, very proud of u, here I would like u to join our community and hopefully u can render/share yr skills,technical tips and engineering computer software knowledge and guidance

Civil TechNiCaL DraFter said...

oops..please log on to
http://draughtsmalay.socialgo.com/
see u there...

Civil TechNiCaL DraFter said...

Can u tell us how yr experience doing earthworks and infrastructure on hilly development?

nurul husna said...

masukkan byak lagi notes bule ?? i perlukan byk lagi info bout construction ni :) TQ

xsw said...

apa yang dimaksudkan dengan aliran songsang dan aliran 'ponding' tu???

~wanie~ said...

salam..saya nak tny la pasal kerangka bumbung..fungsi anchorage ad la..n awak bole explain step nk built bumbung...starting by anchorage